Header Ads

Senarai Hospital Yang Menyediakan Perkhidmatan Ujian Pengesahan ZIKA

Senarai Hospital Perkhidmatan Ujian Pengesahan ZIKA. Hendak tahu senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan ujian bagi mengesahkan ZIKA? Berikut dikongsikan senarai hospital di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini seperti dikongsikan dari FB KKM. Untuk makluman, kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016 di Sabah. Nyamuk Aedes adalah punca penyebaran demam Zika.

Virus Zika

Senarai Hospital Yang Menyediakan Perkhidmatan Ujian Pengesahan ZIKA

Berikut adalah senarai 12 hospital yang menyediakan Perkhidmatan Ujian bagi mengesahkan ZIKA :-


  1. Hospital Kuala Lumpur
  2. Hospital Sg Buloh, Selangor
  3. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak
  4. Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah
  5. Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan
  6. Hospital Melaka
  7. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
  8. Hospital Pulau Pinang
  9. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang
  10. Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kelantan
  11. Hospital Umum Sarawak
  12. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu
Senarai Hospital Ujian Pengesahan ZIKA

Kes jangkitan virus Zika yang berlaku di rantau Asia Tenggara terutama di Singapura kini mula menular ke Malaysia. Kes jangkitan pertama dalam Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016. Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.

No comments

Powered by Blogger.