Header Ads

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2017/ 2018 Online

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2017/ 2018 Online. Berita baik buat mereka yang berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Permohonan kemasukan sesi 2017/2018
kini dibuka menerusi makluman FB MAIWP.
Syarat dan maklumat permohonan boleh dirujuk di bawah ini. Untuk makluman, IKB ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam.

Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2017/ 2018 Online

Permohonan IKB adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

  1. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis)
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita
  3. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP
  4. Sihat tubuh badan & Berminat
  5. Warganegara Malaysia dan beragama Islam

Kursus Yang Ditawarkan

  • Kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Kursus Penyediaan Dan Penyajian Makanan
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
  • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita
  • Kursus Seni Lukis Dan Seni Reka
  • Kursus Teknologi Binaan Bangunan

Tempoh Masa Kursus

  • Tempoh kursus selama 2 tahun.
  • Mengguna pakai sistem semester (4 semester).
  • Isnin � Jumaat  (8.00 pagi � 5.00 petang)  

Cara Buat Permohonan IKB Online

Permohonan IKB sesi 2017/ 2018 hanya boleh dibuat secara online. 
  • Borang Permohonan sila klik IKB MAIWP  
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2016.
  • Maklumat lanjut sila hubungi pihak IKB di talian 03-92830385 ATAU layari  www.maiwp.gov.my

Sumber MAIWP

Selamat membuat Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2017/ 2018 Online. Semoga anda berjaya.

No comments

Powered by Blogger.