Header Ads

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online

Permohonan Kemasukan MRSM 2017 Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia, Sarawak Dan Sabah. Bagaimana nak memohon ke MRSM 2017 buat pelajar PT3? Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2017, Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 13 September sehingga 21 Oktober 2016.

  • Permohonan ke SBP 2016 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
  • Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 - Klik MRSM Tingkatan 1 
Permohonan MRSM 2017 Tingkatan Empat

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online

Pelajar tingkatan 3 PT3 2016 yang berpotensi dan berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM 2017 secara online.

  •  * Nota MAKLUMAN : Tarikh Permohonan ke MRSM 2017 Tingkatan 4 adalah dari 13 September sehingga 21 Oktober 2016. 
  • Tarikh akhir menghantar cetakan borang serta dokumen berkaitan yang  telah  disahkan  ialah  selewat-lewatnya  pada 4 November 2016 (Untuk Sabah & Sarawak sahaja)

Syarat Memohon

Berikut adalah syarat-syarat memohon kemasukan MRSM secara online :-
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pelajar  Bumiputera  tingkatan  tiga  yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  3. Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di  Sekolah  Kebangsaan  atau  Sekolah  Menengah  Kebangsaan (SMK).
  4. Pelajar  yang  sedang  menuntut  di Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP)    dan    Sekolah    Berasrama    Penuh    Integrasi    (SBPI) Kementerian  Pendidikan  Malaysia tidak  dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke  MRSM.
  5. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik  dan  Sains  dalam  Peperiksaan  Pertengahan  Tahun, Tingkatan 3 
Syarat kelayakan masuk pula adalah :-
Semenanjung Malaysia : Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. 
Sabah & Sarawak : Memperoleh keputusan minimum 5A 5B dalam PT3 2016 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan  Kesenian). Gred A bagi mata  pelajaran  Matematik dan Sains

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2017 Tingkatan 4 Online

  • 1. Pemohonan kata laluan secara percuma bermula 13 September hingga 21 Oktober 2016 boleh di buat secara talian di Applikasi Permohonan MRSM Tingkatan 4
  • 2. Setelah mendapat kata laluan, langkah seterusnya pemohon perlu melayari applikasi permohonan dalam talian, untuk mengisi maklumat penting permohonan
  • 3. Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM

* Maklumat Dan Panduan Kemasukan :

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini :-
[Iklan Permohonan Semenanjung] [Syarat Umum Semenanjung] [Iklan Dan Syarat Umum Sabah & Sarawak]
 

    Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM)

    • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh di antara 21 hingga 25 November 2016
    • Tempat dan tarikh ujian akan di pilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan
    • Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM
    • Pertanyaan : Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

    Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 2017

    1. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2017.  Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April   2017, permohonan dianggap tidak berjaya
    2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar borang permohonan secara online tidak akan dipertimbangkan

    Rayuan MRSM 2016

    1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
    2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
    3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi
    Selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2017 Online. Semoga anda berjaya.

    No comments

    Powered by Blogger.