Header Ads

Pembelian Tiket Online JDT vs T-Team 24 September 2016

Beli Tiket Online JDT vs T-Team 24 September 2016. JDT sah juara Liga Super 2016. Bagaimana cara beli tiket JDT vs T-Team 24 September 2016 secara online? Berita baik buat peminat bolasepak JDT yang ingin menyaksikan perlawanan JDT vs T-Team Sabtu ini di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin. Dikongsikan dari Facebook Johor Southern Tigers, pembelian tiket secara online akan dibuka untuk jualan bermula 19 September 2016 bermula 1200 tengahari sehingga 21 September 2016 (jam 1200 malam).

beli Tiket Online JDT vs T-Team 24 September 2016

Cara Pembelian Tiket Online JDT vs T-Team 24 September 2016 

Berikut dikongsikan cara membeli tiket bolasepak perlawanan di antara JDT vs T-Team - Liga Super 2016 perlawanan ke 21.
  • Pembelian tiket secara online boleh di buat di Ticket Hotline, klik Tiket Online JDT vs T-Team 
  • Penjualan Bermula : 19 September 2016 (1200 tengahari)
  • Tamat : 21 September 2016 (1200 malam)
Mereka yang berjaya membuat pembelian tiket secara online, anda boleh menebus tiket anda pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut :-

  1. Khamis (22.09.2016) : dari jam 9.00pagi hingga 4.30 petang
  2. Jumaat (23.09.2016) : dari jam 9.00pagi hingga 4.30 petang
  3. Sabtu (24.09.2016) : dari jam 9.00pagi hingga 8.30 malam

Untuk penebusan tiket, sila tunjukkan resit sebagai bukti pembelian beserta kad pengenalan di kaunter khas yang akan dibuka di kaunter tiket Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Sumber FB JST


Tahniah kepada JDT yang berjaya menjuarai Liga Super buat 3 tahun berturut-turut. Semoga peminat pasukan Harimau Selatan akan dapat hadir memenuhkan stadium Sabtu ini, 24-9-2016 bagi meraikan kejayaan JDT menjulang Liga Super 2016.

No comments

Powered by Blogger.