Header Ads

Permohonan KKTM IKM MJII 2017 Online

Permohonan Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII 2017 Online. Bagaimana cara memohon ke KKTM, IKM dan MJII? Menerusi makluman Portal Rasmi MARA, permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari 2017 akan di buka bermula 9 September 2016. Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII). 

Permohonan KKTM IKM MJII Januari 2017 Online

Permohonan KKTM IKM MJII 2017 Online

Untuk makluman, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun di mana pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.
  1. Kemasukan Januari melalui www.ekemahiran.edu.my � percuma
  2. Kemasukan Julai melalui Permohonan UPU � perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my � percuma

Permohonan Sesi Januari 2017 Online

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2017 akan di buka seperti tarikh berikut :-
  • Tarikh Buka :  9 September 2016
  • Tarikh Tutup :  14 Oktober 2016
  • Applikasi Permohonan Online : Sila rujuk e-Kemahiran
  • Maklumat lanjut permohonan akan dikemaskini dari masa kesemasa

Permohonan Sesi Julai 2016 Online

1. Permohonan UPU Online (Lepasan SPM sahaja)

  • Link applikasi permohonan UPU 2016 online : http://upu.mohe.gov.my
  • Tarikh Permohonan : 18 Januari 2016 - 5 April 2016

2. Permohonan UPIM Online (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)


Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.

Syarat Am Kelayakan

Program Sijil

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Diploma

  • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA = 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii.Bumiputera
  • iii.Warganegara Malaysia
  • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v.Sihat tubuh badan
  • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510 

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
Selamat memohon buat pelajar yang layak ke Permohonan KKTM IKM MJII 2017 Online dan semoga anda berjaya.

No comments

Powered by Blogger.