Header Ads

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2017/ 2018 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2017/ 2018 Online. Anda berminat membuat permohonan Matrikulasi sesi 2017/ 2018? Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2017/ 2018 untuk calon lepasan SPM 2016 telah dibuka bermula 1 Julai 2016 sehingga 30 November 2016

Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2017/ 2018 Online

  • Permohonan kemasukan Program Matrikulasi KPM boleh di buat secara online di Applikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).
  • Program Matrikulasi KPM dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, KPM dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.
Pemohon disyorkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan. Senarai lokasi Matrikulasi di Malaysia sila klik Kolej Matrikulasi.
Permohonan Matrikulasi 2017 Online

Cara Buat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2017/ 2018 Online

Berikut disertakan link-link penting yang berguna kepada pemohon semasa membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2017-2018:-

Lulusan Matrikulasi diberi Sijil Mulai 2016

Mulai tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil, sama seperti lepasan STPM. Ianya bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta

    Syarat Permohonan Dan Kelayakan Minimum

    * Akan dikemaskini. Syarat di bawah adalah untuk permohonan Matrikulasi sesi 2016-2017.
    • Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2016 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2015. 
    • Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2015.  

    Bagi mengikuti Jurusan Sains: 

    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.     

    Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan:   

    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).

    Bagi mengikuti Aliran Teknikal:   

    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.

    SYARAT KELAYAKAN MINIMUM

    a)     Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut:

    Jurusan Sains

    1.   C    Bahasa Melayu
    2.   C    Bahasa Inggeris
    3.   B    Matematik
    4.   C    Matematik Tambahan
    5.   C    Kimia
    6.   C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :            

    •     Fizik
    •     Biologi

    Jurusan Perakaunan

    1.  C     Bahasa Melayu
    2.  C     Bahasa Inggeris
    3.  C     Matematik
    4.  C     dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :

    •     Prinsip Perakaunan
    •     Ekonomi Asas
    •     Keusahawanan
    •     Perdagangan
    •     Sains Tambahan
    •     Fizik
    •     Kimia
    •     Biologi 
    •      Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
    5.  E     Matematik Tambahan   

    Aliran Teknikal

    1.  C    Bahasa Melayu
    2.  C    Bahasa Inggeris
    3.  B    Matematik
    4.  C    Matematik Tambahan
    5.  C    Fizik
    6.  C    dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :

    Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan   

    7.  E   E
    8.  B  Lukisan Kejuruteraan


    Untuk sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083.

    Selamat membuat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2017/ 2018 Online untuk pelajar lepasan SPM 2016 dan semoga anda berjaya.

    No comments

    Powered by Blogger.