Header Ads

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Tugasan Geografi PT3 2016

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Berikut dikongsikan maksud, definasi, konsep dan takrifan sistem pengangkutan untuk panduan pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Untuk makluman, calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/ sekolah anda.


maksud sistem pengangkutan

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Menurut sumber Wikipedia, Pengangkutan atau dalam Bahasa Inggerisnya - Transport adalah merujuk kepada 
Kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu/ barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki.

Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa dan lain-lain seperti Pengangkutan darat, Pengangkutan laut dan Pengangkutan udara yang meliputi Pengangkutan manusia (umum dan individu) serta Pengangkutan kargo (barangan).

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat, pengangkutan boleh didefinisikan sebagai 
Pembawaan (barang-barang dan lain-lain) dari satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan;

Pengangkutan Awam pula boleh didefinasikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.


Antara sistem pengangkutan yang terdapat adalah sistem kereta api, kereta dan lori untuk jalan darat. Jalan air/ maritim seperti Feri, kapal minyak dan bot layar manakala untuk jalan udara pula adalah seperti kapal terbang, kapal kargo dan jet persendirian. 

Rujukan :

  1. Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah,2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Percetakan Saufi Sdn. Bhd.
  2. Kamus Dewan (Edisi Keempat).(2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh itu, Pengangkutan dapat diertikan sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat ciri dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan yang lain seperti �hovercraft�. 

Sumber :
  1. Wikipedia
  2. CekguNorazimah
  3. PRPM, DBP Malaysia
Contoh Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan juga boleh dirujuk di link 1 dan link 2

No comments

Powered by Blogger.