Header Ads

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal

Lafaz Niat Puasa Enam Di Bulan Syawal. Niat puasa Enam Syawal? Sempena Bulan Syawal yang mulia ini marilah kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa enam Syawal. Dalil disyari�atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

Puasa Enam Syawal

* Niat puasa ganti Ramadhan di Qada Puasa

Lafaz Niat Puasa Enam Di Bulan Syawal

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh �Abdullah al-Bassam:

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya. Sumber Islam Grid


Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Sumber Shafiqolbu

Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Rumi dan Bahasa ArabPuasa Enam Syawal


Lafaz Niat Puasa Enam (6) Dalam Bahasa Melayu

�Daku berniat puasa hari esok dari enam bulan Syawal, sunat kerana Allah Taala�

No comments

Powered by Blogger.