Header Ads

Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016

Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016. JDT vs Sarawak tiada live streaming? Perlawanan keempat belas aksi Liga Super 2016 akan berlangsung minggu ini Jumaat dan Sabtu ini dengan pendahulu Liga, JDT akan ke Kuching bertemu Sarawak di Stadium Negeri bermula jam 815 malam, Jumaat 22 Julai 2016. Difahamkan perlawanan JDT vs Sarawak tidak akan disiarkan secara langsung di mana-mana TV Malaysia. Sebaliknya Jadual siaran langsung Liga Super minggu ini melibatkan Perak vs Terengganu di TV3 dan Kedah vs T-Team di TV9. Kepada peminat sukan yang tidak dapat hadir ke stadium, kami akan mengemaskini keputusan secara live score semasa perlawanan.

siaran langsung Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016

Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016

JDT yang kini menghuni tangga terats carta liga berharap kemenangan di tempat lawan akan mengukuhkan kedudukan di takhta liga di mana JDT adalah juara bertahan Liga Super dua musim berturut-turut. Felda United kini adalah pencabar terdekat di kedudukan kedua dengan mengumpul 31 mata daripada 13 perlawanan iaitu kurang 2 mata dari JDT. Selangor, Kelantan dan T-Team pula berada di kedudukan seterusnya.

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan JDT vs Sarawak 22 Julai 2016 yang akan dikemaskini secara live score. Pada perlawanan pertama di Larkin, JDT menewskan Sarawak 5-2 :-

  • JDT 2 vs 1 Sarawak (JDT : Marcos Antonio min 22, Azinee Taib min 70 dan SAR : Syahrul Azwari min 78)

Kesebelasan Pemain

JDTFarizal Marlias, Azammuddin Akil, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq Rahim (C), Jorge Pereyra D�az, S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Juan Martin Lucero, Azinee Taib

Simpanan: Izham Tarmizi, Safee Sali, Gary Steven Robbat, Amri Yahyah, S. Chanturu, Azrif Nazrulhaq, Dominic Tan Jun Jin


SARAWAK: Shahril Saa'ri, K. Thanaraj, Ramesh Lai, Dzulazlan Ibrahim, Shahrol Saperi, Hairol Mokhtar (C), Syahrul Azwari, Junior Aparecido Guimaro De Souza, Mohd Shreen Tambi, Teah Baysah Dennis, Gilmar Jose Da Silva Filho

Simpanan: Iqbal Suhaimi, Mohd Riduwan Ma'on, J. Partiban, Ndumba Makeche, Dalglish Papin Test, Tommy Mawat Anak Bada, Ashri Chuchu

Keputusan Liga Super 22 & 23 Julai 2016

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Liga Super yang berlangsung minggu ini, Jumaat dan Sabtu (22 & 23 Julai 2016) beserta jadual siaran langsung di kaca TV anda:-

JUMAAT : 22 JULAI 2016 - 815 MALAM

  • SARAWAK VS JDT : 1 - 2

SABTU : 23 JULAI 2016 - 900 MALAM

  • KEDAH VS T-TEAM (LIVE TV9) : 1 - 0
  • PULAU PINANG VS SELANGOR : 1 - 1
  • KELANTAN VS PAHANG : 0 - 0
  • PDRM FA VS FELDA UNITED : 1 - 2
  • PERAK VS TERENGGANU : 2 - 0

Pasukan manakah yang bakal menerajui Liga selepas tamat perlawanan ke 14 Liga Super 2016? Nantikan Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

No comments

Powered by Blogger.