Header Ads

Doa Selepas Solat Dan Maksud

Doa Ringkas Selepas Solat Dan Maksud. Berikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Apapun masalah yang kita hadapi, hendak kita meminta pertolongan Allah yang maha Esa kerana Allah adalah penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Semoga ianya bermanfaat. Doa ringkas selepas solat ini mudah dihafal dan marilah sama-sama kita amalkan. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan doa selepas waktu solat semoga semua hajat kita dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

Doa Ringkas Selepas Solat Dan Maksud

Berikut dikongsikan dua doa selepas solat beserta bacaan dalam arab dan maksudnya:-

Doa Selepas Solat

Doa ringkas Selepas Solat

 

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Video Doa Ringkas Selepas Solat



Marilah sama-sama kita amalkan doa selepas solat ini. kredit Doa Harian

No comments

Powered by Blogger.