Header Ads

Cara Memperbaiki Laporan Kredit Pinjaman PTPTN

Rekod PTPTN Kini Dalam CTOS/ CCRIS. Graduan baru yang berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti kini mempunyai cabaran baru dalam bidang pekerjaan dalam mengenal erti kehidupan yang sebenar selepas tamat belajar. Perkara pertama dalam minda mereka adalah mendapatkan pekerjaan yang akan menjadi sumber pendapatan dalam menampung kos kehidupan yang serba meningkat kini. Matlamat kehidupan anda mungkin tidak tercapai hanya kerana kegagalan menguruskan pinjaman pelajaran yang diambil semasa mengikuti pengajian di universiti seperti PTPTN, MARA, Yayasan Pelajar Negeri dan sebagainya.

  • Apakah Kepentingan Laporan Kredit Kepada Rakyat Malaysia - CTOS
Cara dapatkan Laporan Kredit ctos

Anda perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat dalam hidup seperti membeli rumah, kereta dan juga ingin berkahwin untuk membentuk sebuah keluarga. Ingat, masa depan yang cerah tidak seharusnya dibebani dengan pinjaman pelajaran tetapi secara realiti ianya memang satu masalah kepada pelajar yang tidak menguruskan bayaran pinjaman dengan betul. 

Rekod Peminjam PTPTN Kini Di CCRIS

Statistik jelas menunjukkan yang seramai 1.25 juta orang peminjam dari pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Central Credit Reference Information System Bank Negara Malaysia (CCRIS), di mana 55% peminjam atau 690,000 adalah diklasifikasikan sebagai bermasalah. 

CCRIS adalah sebuah pangkalan data yang mengumpul semua maklumat pinjaman kredit dan laporan CCRIS dirujuk oleh kebanyakan institusi kewangan di Malaysia sebelum sesuatu pinjaman itu boleh diluluskan.
PTPTN mula menyenarai peminjam-peminjamnya di CCRIS pada Jun 2015 sebagai satu cara dalam menggalakkan peminjam PTPTN untuk membayar pinjaman pelajaran mereka.

Keperluan dan kewajipan pelajar untuk membayar pinjaman mereka dijelaskan oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pengerusi PTPTN, dalam satu laporan di New Straits Times. Beliau berkata, 
"PTPTN memerlukan kira-kira RM5 bilion dalam pembayaran balik setiap tahun memenuhi keperluan pembiayaan pinjaman-pinjaman pelajar baru"

Dalam laporan 2014 oleh The Malay Mail Online, PTPTN telah kehilangan sejumlah RM1.3 bilion selepas 183,000 orang peminjam ingkar dalam membuat pembayaran pinjaman mereka. Jadi apakah tanggungjawab anda sebagai peminjam pinjaman PTPTN dalam membantu pelajar lain menyambung pengajian mereka?

Bagaimana Pinjaman PTPTN Boleh Menjejaskan Keupayaan Kredit Anda?

Penyenaraian pinjaman pelajar di sesebuah laporan kredit adalah biasa di seluruh dunia. Contohnya, pinjaman pelajaran di Amerika Syarikat juga dimasukkan ke dalam laporan kredit peminjam yang antara lain juga akan memberi kesan kepada skor kredit seorang peminjam.

Pembayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula enam bulan selepas pembiayaan tamat bagi memberikan ruang buat pelajar dalam mencari pekerjaan sebelum dapat memulakan jadual pembayaran balik pinjaman mereka. Laporan kredit seseorang peminjam akan menjadi lebih baik jika membuat pembayaran mengikut jadual dan berdisiplin kerana pemberi pinjaman iaitu PTPTN akan mengklasifikasikan anda sebagai peminjam yang bertanggungjawab. 

Pinjaman PTPTN

Walau bagaimanapun, jika peminjam gagal untuk membuat pembayaran maka anda bakal menghadapi kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan anda. Contohnya :- permohonan kad kredit atau pinjaman peribadi anda mungkin ditolak oleh pihak bank kerana gagal membuat pembayaran pinjaman PTPTN seperti yang ditunjukkan di laporan rekod CTOS atau CCRIS. Kerana satu rekod pembayaran pinjaman sediada yang tidak baik, pemberi pinjaman akan merasa tidak yakin dengan kemampuan anda untuk membayar pinjaman baru tepat pada masa dan ada kemungkinan anda juga akan gagal membuat pembayaran mengikut jadual. 

Beberapa majikan di Malaysia juga akan merujuk kepada laporan kredit seseorang sebelum membuat satu tawaran kerja, tidak terkecuali pemilik rumah/ tanah sebelum menyewakan harta kepunyaan mereka.

Untuk makluman, laporan kredit anda boleh diakses dengan kebenaran anda, kepada institusi kewangan dan firma komersial lain melalui CTOS. CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit (Credit Reporting Agency) berdaftar yang mengumpul maklumat pinjaman daripada pelbagai sumber, termasuk CCRIS. Kebenaran untuk mengakses laporan kredit anda biasanya ada dimasukkan di dalam borang permohonan atau perjanjian yang anda tangani.

Apa Itu Laporan Kredit?

Laporan kredit MyCTOS mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu sebagai satu laporan perubatan yang menunjukkan betapa sihatnya kedudukan kredit anda.

Di dalam laporan kredit MyCTOS, maklumat CCRIS ada menunjukkan semua kemudahan kredit yang anda miliki dan rekod bayaran untuk 12 bulan lepas. Maklumat lain yang boleh diperolehi dalam laporan kredit MyCTOS anda termasuk pendaftaran syarikat atau status pengarah dan sejarah litigasi seperti kes undang-undang. 


Laporan ini juga ada menunjukkan status hutang pinjaman yang tertunggak dan bank akan membandingkan hutang dengan pendapatan anda. Laporan tersebut akan menjadi lebih buruk jika terdapat satu perbezaan yang besar diantara pendapatan dan pinjaman.
 
Laporan MyCTOS anda adalah tersedia untuk institusi kewangan, yang kemudiannya akan menggunakan maklumat tersebut sebagai satu asas penilaian permohonan kredit anda.

Sama seperti keputusan peperiksaan sekolah yang bakal menentukan institusi pengajian yang boleh menerima anda, laporan kredit yang baik akan membolehkan pinjaman anda diluluskan untuk pinjaman berikutnya dengan kemungkinan mendapat kadar pinjaman yang lebih baik.

Jika anda gagal membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual ataupun tidak membuat pembayaran dengan betul, ianya akan memberi kesan negatif kepada institusi kewangan sekaligus bakal mengurangkan peluang untuk permohonan pinjaman diluluskan.

Oleh itu, jika terdapat kegagalan pembayaran pinjaman disenaraikan dalam laporan kredit anda, seperti pinjaman PTPTN, laporan kredit anda mungkin tidak baik dan ada kemungkinan peluang untuk mendapatkan kad kredit, pinjaman kereta atau pinjaman rumah pertama anda sungguh tipis.

Cara Memperbaiki Rekod Pinjaman Laporan Kredit

Pinjaman pelajaran PTPTN boleh memberikan kesan kepada laporan kredit anda jika tidak dibendung dari awal. Sama seperti kesihatan kita semua, mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Bagaimana Caranya? 

Amat mudah kerana anda hanya perlu membuat bayaran segera ke atas pinjaman PTPTN anda bagi mengelakkan rekod tidak baik di laporan CCRIS. Ramai peminjam dahulunya merasakan mereka boleh terlepas tanpa membayar,  tetapi kini ianya telah berubah dan status pinjaman PTPTN kini terpapar dalam status laporan kredit mereka.
 
Memberi komitmen dalam membayar balik pinjaman PTPTN adalah satu pengorbanan yang berbaloi. Berdasarkan satu kaji selidik bersama oleh iMoney and CTOS, peminjam yang membuat pembayaran lebih daripada 15% daripada pendapatan mereka akan mempunyai kurang kapasiti pinjaman terutamanya dalam pinjaman perumahan berbanding dengan mereka yang langsung tidak membuat pinjaman pelajaran.


julat pembayaran pinjaman pelajaran

Apakah Yang Perlu Didahulukan Jika Mempunyai Laporan Kredit Yang Buruk?

Jika anda mengesyaki laporan kredit yang buruk atau tidak baik, maka anda seharusnya perlu memeriksa Laporan MyCTOS dalam mengetahui status kredit anda secepat mungkin. Sila pastikan segala pinjaman bukan sahaja PTPTN di bayar mengikut jadual. Disebabkan Laporan CCRIS menunjukkan rekod pembayaran anda untuk 12 bulan lepas, anda perlu membayar pembayaran balik dengan konsisten.

Menurut PTPTN, peminjam boleh meningkatkan laporan CCRIS mereka dengan membuat pembayaran ke atas mana-mana tunggakan pinjaman dan seterusnya membuat jadual ansuran bulanan pinjaman dengan konsisten. Pembayaran balik mesti di buat berdasarkan kepada Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan oleh PTPTN. Peminjam yang menghadapi kesulitan kewangan boleh berunding dengan PTPTN bagi membolehkan penstrukturan semula bayaran bulanan di buat kepada jumlah yang lebih mampu.
 

Pinjaman pelajaran selalunya dianggap sebagai "hutang yang bagus" di mana pendidikan lazimnya akan memberi peluang pendapatan yang lebih baik kepada kebanyakan orang. Bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengurus hutang pinjaman pelajaran dengan betul, ia akan memberi kesan negatif dan akan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk mengembalikan status pinjaman kepada normal atau yang lebih baik.

Oleh itu, kesimpulannya, mulakan kerjaya dan kewangan anda dengan betul bagi membantu anda dalam mencapai matlamat kewangan yang lebih baik pada masa akan datang. Ingat, jangan mulakan kehidupan anda dengan menyelesaikan masalah kewangan yang sepatutnya dielakkan dengan mudah. 

Kredit : iMoney

No comments

Powered by Blogger.