Header Ads

Biodata Rafael Bonfim Pemain Import JDT II 2016

Biodata Rafael Bonfim Pemain Import JDT II 2016. Berikut adalah biodata ringkas Rafael Bonfim pemain import baru JDT II tahun 2016. Berita perpindahan Rafael Bonfim telah dikongsikan dari makluman rasmi FB Johor Southern Tigers di mana ianya bakal melengkapkan kouta pemain import keempat mereka. Perpindahan beliau ke JDT II dalam musim perpindahan pemain bulan Jun dilihat sebagai plan jangka panjang pasukan dalam mencari pengganti Marcos Antonio dalam pasukan JDT satu masa nanti. 

Rafael Bonfim jdt II

Biodata Rafael Bonfim JDT II

Dengan kemasukan Rafael Bonfim, maka cukuplah kuota empat pemain import yang ada dalam pasukan JDT II yang kini mempunyai Baihakki Khaizan (32 tahun - Singapura), Shahril Ishak (32 tahun - Singapura) dan Paulo Rangel (32 tahun - Brazil). Berikut adalah biodata ringkas Rafael Bonfim untuk makluman peminat sukan bolasepak di Malaysia :-

  • Nama : Rafael De Jessus Bonfim
  • Asal : Brazil
  • Tarikh Lahir : 24 Julai 1991
  • Umur : 24 tahun (2016)
  • Posisi : Pertahanan Tengah
  • Tinggi : 1.88 meter (6 kaki 2 inci)
  • Berat : 90 kg

Kelab

2016 : Kelab Capivariano, Sao Paulo
Sumber : Youtube
 
Selamat datang Rafael Bonfim Pemain Import baru JDT II. Semoga dapat membantu pasukan JDT II dalam aksi Liga Malaysia 2016.

No comments

Powered by Blogger.