Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online
Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini Di Sekolah Menengah KPM 2016 Online. Anda sedang mencari kerja dan berminat menjadi guru Tahfiz dan Guru Dini? Berita baik terdapat kekosongan jawatan seperti dimaklumamkan oleh Facebook Dato' Seri Mahadzir Khalid, yang memberitahu bahawa pengambilan Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim di Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambilan 2016 kini dibuka untuk permohonan secara online.
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan untuk panduan para pemohon :-
Untuk maklumat lanjut permohonan, anda boleh merujuk kepada iklan permohonan di GURU TAHFIZ 2016.
Selamat membuat Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online. semoga anda berjaya.
Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online
Mereka yang berminat dan layak boleh mengemukakan permohonan Guru Tahfiz dan Dini KPM secara online di mana tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin, 29 Ogos 2016 sebelum jam 11.59 malam.Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan untuk panduan para pemohon :-
Syarat Kelayakan Asas
Calon-calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
- Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/ Tahfiz Wal Qiraat dikecualikan daripada syarat di Guru Tahfiz di atas ini
- Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam talian dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan dengan merujuk kepada laman sesawang Kementerian KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAMPendidikan Tinggi (KPT) di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/. Atau Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT secara bertulis atas nama calon (bukan cetakan secara dalam talian) sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Maklumat Jawatan
- Pengambilan Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim untuk ditempatkan di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016.
- Nama Perjawatan: Guru Tahfiz dan Guru Dini Secara Interim.
- Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service)
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). - Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Secara Mod
Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan - Jawatan/ Gred: Guru Tahfiz Interim / Guru Dini Interim Gred DC41.
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional.
- Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan.
- Taraf Jawatan: Interim.
- Elaun Bulanan Permulaan:
- RM2149.03 bagi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
- RM1944.62 bagi Ijazah Sarjana Muda (Am)
- Elaun Tetap dan Kemudahan: Seperti kelayakan yang dinyatakan pada Surat Penyelarasan Bayaran Elaun Bulanan Serta Elaun Dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Guru Interim Di Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KP(PP)0017/122/68(31) bertarikh 8 Mei 2013 tertakluk kepada peraturan-peraturan terkini Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuat kuasa
Cara Buat Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat URL berikut mulai 15 Ogos 2016 (Isnin)Untuk maklumat lanjut permohonan, anda boleh merujuk kepada iklan permohonan di GURU TAHFIZ 2016.
Selamat membuat Permohonan Guru Tahfiz Dan Dini KPM 2016 Online. semoga anda berjaya.
Post a Comment