Header Ads

Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio

Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil. Mampukah Malaysia memenangi pingat emas Olimpik kali ini? Semuanya akan terjawab apabila 32 atlet negara akan memburu pingat di temasya sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2016 di Rio Di Janeiro, Brazil. Kejohanan akan bermula dari 6 Ogos hingga 22 Ogos 2016 (Waktu Malaysia) dan dijangka didominasi oleh kuasa sukan dunia iaitu USA, Britain dan China. Berikut adalah kedudukan pungutan pingat Olimpik 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Kedudukan Pingat Olimpik 2016 Rio

Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio

Sukan Olimpik 2016 Rio akan menawarkan sejumlah 301 pingat emas yang dibahagikan mengikut acara berikut. Acara Olahraga dan renang adalah 2 acara sukan yang menawarkan pingat emas terbanyak kali ini. Wakil Malaysia dalam kurungan akan menyertai 10 acara.
  1. Olahraga : 47 emas (Nauraj Singh Randhawa - Lompat Tinggi Lelaki &   Zaidatul Husniah Zulkifli - 100M Wanita)
  2. Renang : 34 (Welson Sim - 200M & 400M Gaya bebas Lelaki, Heidi Gan - 10KM Marathon Wanita & Phee Jing En - 100M Kuak dada wanita)
  3. Basikal : 18 (Azizulhasni Awang - Keirin Lelaki & Fatehah Mustapa - Sprint Wanita)
  4. Gimnastik : 18
  5. Kayak : 16
  6. Angkat Berat : 15 (Mohd Hafifi Mansor - 69KG Lelaki)
  7. Gusti : 15
  8. Menembak : 15 (Johnathan Wong Guanjie - 10M Pistol)
  9. Judo : 14
  10. Mendayung (Rowing) : 14
  11. Tinju : 11
  12. Kapal Layar : 11 (Khairulnizam Mohd Affendy - Laser & Nur Shazrin Latif - Laser Radial)
  13. Lawan Pedang : 10
  14. Terjun : 8 (Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong,     Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong & Ng Yan Yee)
  15. Taekwondo : 8
  16. Equestrian : 6
  17. Badminton : 5 (Datuk Lee Chong Wei - Perseorangan Lelaki, Tee Jing Yi - Perseorangan Wanita, Goh V Shem & Tan Wee Kiong - Beregu Lelaki,     Vivian Hoo & Woon Khe Wei - Beregu Wanita dan Chan Peng Soon & Goh Liu Ying - Beregu Campuran)
  18. Memanah : 4 (Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin & Muhd Akmal Nor Hasrin)
  19. Ping Pong : 4
  20. Tenis : 4
  21. Bola Tampar : 4
  22. Polo Air : 2
  23. Triathlon : 2
  24. Renang Berirama : 2
  25. Ragbi Tujuh : 2
  26. Pentathlon Moden : 2
  27. Bola Baling : 2
  28. Golf : 2 (Danny Chia - Lelaki, Gavin Kyle Green - Lelaki, Michelle Koh - Wanita & Kelly Tan - Wanita)
  29. Bolasepak : 2
  30. Hoki : 2
  31. Bola Keranjang : 2

Berikut pula adalah jumlah pungutan pingat Sukan Olimpik 2016 Rio untuk setiap negara yang berjaya memenangi pingat.

  • * Jadual kedudukan pingat akan dikemaskini dari masa kesemasa.

KEDUDUKANNEGARAEMASPERAKGANGSAJUMLAH PINGAT
1USA463738121
2Great Britain27231767
3China26182670
4Russia19181956
5Jerman17101542
6Jepun1282141
7Perancis10181442
8Korea Selatan93921
9Itali812828
10Australia8111029
11Belanda87419
12Hungary83415
13Brazil76619
14Sepanyol74617
15Kenya66113
16Jamaica63211
17Croatia53210
18Cuba52411
19New Zealand49518
20Kanada431522
21Uzbekistan42713
22Kazakhstan35917
23Colombia3238
24Switzerland3227
25Iran3148
26Greece3126
27Argentina3104
28Denmark26715
29Sweden26311
30Afrika Selatan26210
31Ukraine25411
32Serbia2428
33Poland23611
34Korea Utara2327
35Belgium2226
35Thailand2226
37Slovakia2204
38Georgia2147
39Azerbaijan171018
40Belarus1449
41Turki1348
42Armenia1304
43Republik Czech12710
44Ethiopia1258
45Slovenia1214
46Indonesia1203
47Romania1135
48Bahrain1102
48Vietnam1102
50Taiwan1023
51Bahamas1012
51Ivory Coast1012
51IOA1012
54Fiji1001
54Jordan1001
54Kosovo1001
54Puerto Rico1001
54Singapura1001
54Tajikistan1001
60Malaysia0415
61Mexico0325
62Algeria0202
62Ireland0202
64Lithuania0134
65Bulgaria0123
65Venezuela0123
67India0112
67Mongolia0112
69Burundi0101
69Grenada0101
69Niger0101
69Filipina0101
69Qatar0101
74Norway0044
75Egypt0033
75Tunisia0033
77Israel0022
78Austria0011
78Dominican Republic0011
78Estonia0011
78Finland0011
78Morocco0011
78Republik Moldova0011
78Nigeria0011
78Portugal0011
78Trinidad and Tobago0011
78UAE0011

  • Kedudukan pungutan pingat setakat hari Isnin, 22 Ogos 2016, jam 700 malam Waktu Malaysia
  • Malaysia memenangi pingat pertama (PERAK) apabila Pandelela Rinong dan Hun Hoong menduduki tangga kedua acara terjun 10M Synchorized pada 10 Ogos 2016 jam 4 pagi
  • Azizulhasni memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin Lelaki pada awal pagi 17 Ogos 2016
  • Pasangan beregu campuran badminton, Chan Peng Soon & Goh Liu Ying memenangi pingat Perak pada awal pagi 18 Ogos 2016, tewas di final kepada pasangan Indonesia
  • 20 Ogos 2016 : Pingat perak buat Malaysia dalam acara beregu lelaki badminton 
  • 20 Ogos 2016 : Pingat perak dari Datuk Lee Chong Wei dalam acara single badminton lelaki 

Semoga atlet Malaysia mampu membawa pulang pingat emas kali ini.

No comments

Powered by Blogger.